5 KESAN-KESAN BURUK KENCING MANISHerba Diabetis Herba Diabetis: 5 KESAN-KESAN BURUK KENCING MANIS

FB Herba Diabetis

Pages

Tuesday, July 10, 2018

5 KESAN-KESAN BURUK KENCING MANIS


5 KESAN-KESAN BURUK KENCING MANIS


Pesakit Kencing Manis mempunyai risiko yang tinggi menghidap beberapa masalah kesihatan yang serius. Paras glukosa (gula) darah yang tinggi untuk suatu tempoh masa yang lama boleh membawa kepada penyakit serius yang memberi kesan kepada jantung dan saluran darah , mata , buah pinggang , saraf dan gigi. Selain itu, pesakit diabetes juga mempunyai risiko yang lebih tinggi mengalami jangkitan kuman disebabkan kerosakan pada urat saraf dan saluran darah. Di dalam kebanyakkan negara maju, kencing manis adalah penyebab utama penyakit jantung, buta, dan kegagalan buah pinggang
.
.


  • Penyakit Jantung


Penyakit Kencing Manis meningkatkan risiko seseorang untuk mengalami Sakit Jantung, Serangan Angin Ahmar, dan Saluran Darah Tersumbat.
.
.


  • Kerosakan Urat Saraf


Gula yang berlebihan boleh mencederakan dinding saluran darah kecil (kapilari) yang membekalkan nutrisi dan bekalan keperluan saraf anda, terutamanya di bahagian kaki. Hal yang demikian boleh menyebabkan simptom-simptom (situasi / keadaan) kebas, pedih atau sakit yang biasanya bermula di hujung jari kaki atau jari dan secara beransur-ansur merebak ke atas. Jika tidak dirawat , anda boleh kehilangan semua deria untuk merasa di bahagian kaki. Kerosakan pada saraf yang berkaitan dengan sistem penghadaman boleh menyebabkan masalah loya, muntah-muntah, cirit-birit atau sembelit. Bagi lelaki, ia boleh membawa kepada mati pucuk.
.
.


  • Kerosakan Buah Pinggang

Buah pinggang mengandungi berjuta-juta kecil kelompok saluran darah (glomeruli) yang penapis bahan-bahan sisa dari darah anda. Diabetes boleh merosakkan sistem penapisan yang halus ini. Kerosakan yang teruk akan membawa kepada kegagalan buah pinggang yang menyebabkan seseorang itu perlu menjalani prosedur dialisis atau melakukan pemindahan buah pinggang.
.
.


  • Kerosakan Mata ( retinopati )


Diabetes boleh merosakkan salur darah retina (retinopati diabetes), yang berpotensi menjadi sebab kepada buta. Diabetes juga meningkatkan risiko seseorang untuk menghidap masalah penglihatan serius yang lain, seperti katarak dan glaukoma.
.
.


  • Risiko Pemotongan Kaki


Kerosakan saraf di kaki atau aliran darah yang lemah ke bahagian kaki meningkatkan risiko pelbagai kesan yang tidak baik. Jika tidak dirawat, luka dan melecet boleh mengakibatkan jangkitan kuman yang serius, di mana proses penyembuhannya berlaku dengan amat perlahan sekali. Jika keadaan yang sedemikian berlarutan, maka langkah rawatan yang terakhir adalah memotong bahagian kaki yang terkena jangkitan tersebut untuk mengelakkannya daripada merebak dengan lebih meluas lagi.
.
.
Jika anda merupakan seorang pesakit Kencing Manis, maka seelok-eloknya anda mula membanyakkan bacaan anda tentang Penyakit Kencing Manis dan mula merancang serta mengamalkan amal gaya hidup yang sihat agar anda dapat mengelakkan daripada mengalami situasi-situasi seperti di atas.
.
.
Semoga kita semua sentiasa diberikan nikmat kesihatan yang baik oleh Tuhan selalu.

No comments:

Post a Comment